Rupa paras si Jagung Susu |
Isi jagung susu ni lebih rangup banding jagung mutiara & jagung madu. Sesuai sangat la untuk peminat makanan rangup..layan mengunyah krap krup krap krup.
Rasanya memang manis sarat jus. Umpama makan skali minum. Takyah cari air lain dah. Macam tu..boleh? Haha.
Kalau korang nak tahu, jagung susu ni tak selalu ada jual tau. Kira ikut musim la. Aku pun tak pasti bila musim jagung spesies ni, tak sempat nak tanya penjualnya. Lupa sebab borak benda lain..hiks.
Aku beli jagung susu ni kat S' Corner Cameron Highlands, kedai yang ada jual strawberry.
Main entrance S' Corner Cameron Highlands |
Kedai amoi ni sebelah kanan |
Aku biasa beli strawberry dengan amoi kedai ni. Nak kata murah tu tak lah, 2 kotak macam dalam gambar tu harga RM25. Aku suka sebab dia tak tipu KUALITI.
Macam jagung susu yang aku beli tu, dia yang pilihkan siap tunjuk lagi isi macam mana. Cuba korang tengok gambar jagung yang aku dapat, isi penuh, besar, segar cantik lagi. Best kan.
Ok lah. Kalau korang pergi Cameron Highlands nanti terjumpa Jagung Susu ni boleh la beli cuba rasa ya. Tak rugi, sedap lagi, Insyallah.
Comments
Post a Comment
Maceh sudi Baca & Share