Kenali Vitamin E

Apa itu Vitamin E?

Salah satu agen antioksidan yg penting dlm mencegah 
kanser dan penyakit kardiovaskular.


Ia dikira dlm unit IU (international units) iaitu,


1 IU = 1 mg

Terdiri dari 8 komponen dlm 2 kelas utama: tocopherols dan tocotrinols yg terdiri dari komponen alpha, beta, gamma dan delta.

Vitamin E yg lengkap sepatutnya mengandungi kesemua 8 komponen tersebut. Alpha tocopherols adalah komponen yg paling aktif, malah IU dikira berdasarkan alpha-tocopherols.

Ianya larut lemak dan disimpan dlm organ tubuh spt hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.

Menariknya vitamin E ini ialah, 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari (tidak semua disimpan dalam badan) dan ia tidak menjadi toksik seperti vitamin A.

Berdasarkan kajian,vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

Khasiat Vitamin E

  • Awet muda. Melambatkan penuaan sel yg disebabkan radikal bebas.
  • Melancarkan peredaran darah dan membaiki tisu. Berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara.
  • Memelihara pembekuan darah yang normal dan ,penyembuhan mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. 
Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: 


minyak sayuran, sayur berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan vitamin E: Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia.

Comments