Salam uols,
Mesti uols pnh baca artikel bahaya panadol tu kan. Pnh x uols tertanya2, klu bahaya nape leh jual kat mana2 je. Kedai papan buruk dh nk roboh kt pekan bt.18 ni pun ade jual. Budak pun boleh beli. Acaner tu??
Merujuk perkara di atas, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin berterima kasih di atas pertanyaan yang diajukan. Pihak kami amat menghargai usaha sebegini demi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia khususnya.
2. Untuk makluman pihak cik, ubat paracetamol (yang dipasarkan dalam pelbagai nama jenama seperti Panadol, Uphamol, Fepril, dan lain-lain) adalah dikategorikan sebagai ubat over-the-counter (OTC). Ini bermaksud, ubat am ini boleh diperoleh di farmasi atau kedai yang menjual tanpa perlu mendapatkan sebarang preskripsi daripada doktor.
3. Pengambilan ubat-ubatan am seperti paracetamol lazimnya digunakan bagi melegakan sakit ringan dan sederhana seperti sakit kepala, sakit pada otot atau sendi. Walaupun pengambilan ubat-ubatan am adalah bergantung pada budi bicara pengguna itu sendiri tanpa nasihat doktor, pengguna dinasihatkan agar mengambil ubat mengikut dos dan kekerapan yang telah ditetapkan seperti pada label ubat tersebut.
4. Untuk makluman, paracetamol mempunyai 'half-life' yang pendek, iaitu selama 1 - 4 jam sahaja. Ini bermakna, hampir kesemua paracetamol akan disingkirkan daripada badan dalam tempoh 24 jam. Walau bagaimanapun, pengguna juga disarankan agar tidak mengambil melebihi dos maksima yang ditetapkan, iaitu 4 gram (bersamaan 8 biji paracetamol 500 mg) dalam tempoh 24 jam .
5. Sekiranya ubat-ubatan diambil melebihi daripada dos yang ditetapkan, pengguna boleh mendapat kesan sampingan atau kesan advers akibat pengambilan dos yang berlebihan. Dalam kes paracetamol, pengguna yang mengambil dos yang sangat berlebihan boleh mendapat komplikasi seperti kerosakan hati atau buah pinggang kerana tubuh badan tidak mampu menyingkirkan paracetamol yang terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat. Namun begitu, mana-mana individu yang mengalami toksisiti paracetamol mungkin boleh dirawat dengan menggunakan sejenis antidot iaitu acetylcysteine sekiranya dibawa ke hospital secepat mungkin.
6. Ubat tahan sakit seperti paracetamol hanya diambil sekiranya perlu untuk menahan kesakitan secara sementara sahaja. Lazimnya, pesakit dinasihatkan agar mengambil dos yang paling rendah dan untuk tempoh yang paling singkat mengikut kesesuaian setiap individu. Sekiranya kesakitan berpanjangan atau tidak beransur pulih, pesakit dinasihatkan agar tidak mengambil ubat tahan sakit dalam dos yang berlebihan, sebaliknya berjumpalah doktor untuk mengenal pasti punca kesakitan itu berlaku.
7. Pengambilan ubat tahan sakit secara berlebihan dalam tempoh yang berpanjangan adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan badan menjadi kebal terhadap ubat tahan sakit tersebut. Perkara yang dikenali sebagai 'pain tolerance' ini boleh menyebabkan tubuh badan memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat atau dalam dos yang lebih tinggi bagi membantu individu tersebut menahan kesakitan.
8. Dalam mengendalikan kesakitan tubuh badan, sebarang rawatan alternatif adalah bergantung kepada pesakit itu sendiri. Kesakitan adalah perkara yang subjektif dan bergantung kepada persepsi individu itu sendiri. Walau bagaimanapun, teknik alternatif seperti berehat, bernafas dengan tenang, akupuntur, meditasi, serta berfikir secara positif boleh diamalkan untuk membantu dalam mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.
9. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1800-88-6722 (NPCC).
Diharap maklumat berkenaan dapat membantu.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-78413200
Faks : 03-79682222
Uols dh clear skang? Klu musykil pasal ubat, nak tau cara makan yg selamat, rujuk la kt farmasi berdekatan. Skang kedai farmasi banyak, uols boleh tya cara makan/pakai ubat berkenaan. I prefer beli kat farmasi walaupun panadol sb terjamin "expired date" produk. Tu pun kne hati2 gak, kne telek lama skit sb tarikh "expired" tu printed kecik je, mcm nmpk tak nmpk je..adehhh.

So I tepek kan respon dr Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Credit to Faiz Zakaria.
Perkara : Pengambilan Ubat Paracetamol

Comments
Post a Comment
Maceh sudi Baca & Share