GEMUK sebab minuman berais.

Salam uolls,

Kali ni buat entry pasal isu minum air berais punca gemuk. Betul ke?? Alahai...sodap kot layan minum air berais di kala musim panas yg kering, walaupun cuma air masak je. Serius nikmat.

Tapi bila cakap pasal nak kurus, nak diet, pantang larangnya mesti "Jangan Minum Ais Berais". Malah itu la tipsnya kalau nak elak perut buncit bagi yg pernah bersalin. Kan?

Tapi serius tanya ni. Betul ke Tak betul isu ni?

Haaa..mai pakat baca dulu meh.



Sumber dari Midi.

Katanya, minum air berais ketika/selepas makan punca utama cepat gemuk. 

Makanan yang telah ditelan akan melalui saluran esofagus sebelum masuk perut. Apabila minum air berais semasa/selepas makan, lemak makanan tadi akan membeku dan secara tak langsung melambatkan proses pencernaan.

Dah la lemak ni paling lambat dicerna berbanding karbohidrat dan protein. Kalau beku lagi la lambat dan terkumpul di usus. Lama-lama banyak saluran akan jadi sempit menyebabkan badan makin gemuk dan mengundang pelbagai penyakit lain.

Selain gemuk dan susah nak kurus, air berais jadi salah satu sebab serangan sakit jantung. 

Maka dinasihatkan agar minum air 10 minit selepas makan. Minum air suam pula akan bantu mencairkan lelemak dalam organ pencernaan.

Amalan meminum teh hijau suam selepas makan seperti budaya orang Jepun juga bagus untuk meneutralkan toksin dalam badan. 

Sumber Kevin Zahri pula mengatakan sebaliknya.


Katanya, kalau lah betul air sejuk bekukan minyak berkenaan pun, ia hanya sementara dan tidak memberi kesan yang ketara. 

Katanya lagi punca kegemukkan adalah makanan berlebihan secara am dan bukan soal minum air sejuk atau suam. 

Mungkin buruk air ais lebih kepada sensitiviti pada paru-paru dan tekak disebabkan perbezaan suhu yang ketara.

Ada juga teori mengatakan air berais boleh membakar kalori dengan meningkatkan metabolisma. Perbezaan suhu yang ketara menyebabkan badan cuba untuk menstabilkan kembali kepada suhu normal. Proses ini memerlukan kalori maka secara tak langsung menaikkan kadar metabolisma. 

Walaupun kalori yang dibakar tak banyak, tapi ok la kan, dari tak bakar langsung. Lagipun air berais 0 kalori..tak risau kalori bertambah. 


So, macam mana ni? Mana yang betul?

Sebenarnya, iolls pun tak pasti mana yang betul. Kalau ikut kan Kevin Zahri tu coach berpengalaman dan berilmu. Dah dia kata camtu, kira tak betul la fakta minum air berais punca gemuk. Kan?

Maka iolls pon apa lagi, belasah la minum air berais selepas makan. Tapi makin lama, iolls perasan berat badan macam naik la. Sekali timbang, amekaww..dah naik 4kg tu Cermin perut pun rasa nak jerit. Jangan kata buncit, siap menggeleber lagi kat area pusat tu. Hadoi.

Padahal iolls amik Lecithin, dah berhenti pil perancang noriday tu, makan pun dah terkawal. Bersenam tu tak la sangat, tapi dah kerja pembantu penyelidik ni banyak bergerak sana sini. Kira sederhana aktif la kan. Tapi berat tak turun pun. Oh sadis!

Maka, dengan itu, iolls pun buat strategi baru...hahaha. Masa makan iolls nak minum air suam plak. Air berais dah tak mau dah. Nak minum air sejuk plak tapi bukan masa makan. Gitu.

Cuba dulu dalam dua minggu. Nanti iolls share hasilnya..winkwink. Ddddaaaaa.

Comments