Rezeki aku naik Cameron Highlands kali ni, dapat merasa suasana kabus tebal dan berangin. Sejuk Teruk!
Terketar-ketar masa ambil gambar masa ni..fuhh. Hembus nafas pun berasap. Aku pergi Pasar Malam Baru Sungai Ruil @ Golden Hills pun masih lagi berkabus. Syok teramat jalan pasar tak terasa bahang masak penjual makanan.
Best best juga tapi nak memandu kereta masa berkabus ni, huisshh..mencabar tak boleh ampun. Garis jalan kejap nampak kejap tak nampak. Habis semua lampu kereta aku nyalakan kecuali lampu kecemasan ye.
Ok, aku share sikit pengalaman memandu masa berkabus. Kalau rasa logik boleh guna pakai, pakai la, kalau tak abaikan sahaja.
1. Pasang lampu walaupun kabus tu masa siang. Lampu penuh lagi bagus.
2. Pasang "Fog Lamp" kalau ada.
3. Jangan pasang lampu kecemasan sebab buat pemandu lain keliru yang korang ni nak berhenti ke nak belok kanan ke kiri ke.
4. Pasang "Wiper" sebab cermin kereta kabur sebab basah tiba-tiba.
5. Jangan memandu laju.
6. Jangan memandu terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jarak selamat 10meter macam tu. Jarakkan lebih lagi bagus.
7. Jangan berhenti tepi jalan sebab memang susah nak nampak atau perasan.
8. Jangan sesuka hati bergambar dalam kabus. Kereta pun susah nak nampak ini kan pula susuk tubuh.
9. DI LARANG MEMECUT, MEMOTONG & MEMBREK TIBA TIBA. BAHAYA WEI!
10. Lampu tinggi ke rendah? Kalau siang pasang lampu tinggi ok lagi, tak la silau tapi malam memang rasa silau. Kalau malam pasang lampu rendah sebab nampak jalan kat depan.
11. Guna garis tepi jalan sebagai panduan. Kalau guna garis tengah takut makan jalan bertentangan.
12. Bunyikan hon untuk bagitau pemandu lain.
Itu sahaja setakat ni. Moga Bermanfaat.
Pic jam 6.55 ptg |

Comments
Post a Comment
Maceh sudi Baca & Share